Friday, September 6, 2013

Alhamdulillah .



Assalamualaikum .

memandangkan sekarang nie aku dah tak berapa nak sibuk sangat dengan study sebab midterm baru je habis , aku boleh laa jugak spend time aku nak tido terbongkang lama lama sikit kat atas tilam time cuti . kalo idak , tok sah diharaplah nak tido lama lama gitu . memang da jadi hobi and habit kami as a student mesti nak tido kalau ada masa yang terluang . memang menyenangkan tau . nyaman je terasa .

and lets talk about result . alhamdulillah syukur kepada Allah sebab so far result aku semua memberangsangkan . walaupun baru midterm tapi aku tak sangka lak yang aku bole dapat result macam tu . memang rezeki . so , semua lect dah pesan , maintain kan reslut aku macam tu . insyaAllah , puan puan and miss sekalian . saya berjanji akan cuba sedaya upaya untuk maintainkan result saya samapi sem 6 . insyaAllah . kalau boleh aku nak dapatkan dekan sebenarnya . sebab hari tu tengok akak abang senior semuanya smart and cantik cantik je baru balik ambil anugerah dekan . aku yang menengoknya nie dah naik juling dah . hahaha . yang nie tipu je k .

jeles k tengok orang yang dapat dekan nie . so , bak kata orang , tak kan nak tengok je orang berjaya kat atas sedangkan kita terkontang kanting kat bawah . so , kena lah berusaha selaras dengan apa yang kita nak kan ? tak kan la kau nak nak reslut 4 flat sedangkan hari hari kau keluar pergi dating , tidur je , study pun tak . memnag tak kan dapat la kan ? memang haraaaapppannn laaa jawab nya . haha . semua yang aku tulis nie pun untuk peringatan diri aku sendiri jugak . tak kan aku nak nasihatkan kau orang lebih padahal aku tal buat kan ? so , aku nie sedar diri jugak laa . aku pun akan buat jugak benda yang sama sebab aku pun nak berjaya bersama sama dengan korang dengan kawan kawan aku yang lain .

sapa yang tak teringin tengok ibu bapa diorang bangga dengan anak anak diorang ? time anak anak dapat segulung ijazah or dip sekalipun dah cukup buat diorang bangga tau . tambah lagi mak yang lahirkan kita . sejuk je perut dia tau . itu orang kata laa . sejuk yang macam mana aku sendiri pun tak tau . sebab aku tak pernah melalui saat macam tuu . hehe so lets together gether achieve our succes . tak susah sebenarnya nak berjaya nie . terpulang kepada diri sendiri jugak macam mana caranya korang nak berjaya . apa yang penting tiga perkara yang memang dah jadi pegangan aku sejak dulu lagi .


' DOA , USAHA , TAWAKAL '


mungkin suatu hari nanti kita akan jadi macam nie bersama sama .
insyaAllah .

so , Assalamualaikum .

Saturday, August 31, 2013

Hi September :)



Assalamualaikum .

Alhamdulillah , hari ni 1sept dah pun . sedar tak sedar dah hujung tahun dah kan ? cepat sungguh waktu berlalu . aku rasa macam baru je ambik result SPM hari tu . and now tak sangka yang aku dah pun selamat bergelar siswi kat kolej nie . dan mungkin dalam tiga tahun lagi , aku selamat bergelar jururawat yang bertauliah *yeah , pray for me uolls .

Dear August ,
a million thanks form me sebab dah banyak bawak kenangan manis pahit , tawar kelat , dan bagai dalam hidup aku . dari kisah duka lara , sedih menangis , ketawa terbahak bahak sampailah kejadian kejadian yang menjadikan aku seseorang yang tak berperasaan . hati batu kata kau . dan diharapkan sangat lah , kenangan yang pahit pahit belaka tu tak berulang lagi dalam hidup guaa . sadis woo bila teringat . starting bulan ogos nie je . apa yang aku ingat , aku berpuasa kat kolej dengan member member seperjuangan lah . than , balik raya sebab cuti dua minggu kat kampung aku . time tu jugak lah aku spend masa sepenuhnya dengan family . yelah , aku susah kot nak cuti . kalau setakat cuti dua tiga hari , memang tak laa jawabnya aku nak balik kan ? menghabiskan boras yoo . dah laa jauh apak nak balik perak tu . bole kena decubitis ulcer *angkat kening aku duduk dalam bas tu selama lapan jam tanpa bertukar posisi . then , balik ke kelate mula . starting study macam biasa then midterm exam . Alhamdulillah , so far aku bole lagi laa bawak subject subject killer kat kolej nie . 26hb 8 , tarikh keramat dalam hidup aku . sedar tak sedar , diam tak diam , dalam aku sibuk dengan study and life aku kat sini ,dah lima belas tahun arwah mak aku tinggalkan aku . walaupun dia sempat jaga aku selama dua tahun setengah je , tapi dia lah wanita yang dah lahirkan aku ke dunia yang bermacam ragam nie. Mak , adik sayang mak .Terima kasih sebab dah lahirkan adik dengan susah payah .



she is my beloved mom . ILOVEYOU so muchh . 

jom sambung cerita . tiga hari sebelum the end of august , dapat video call dengan mamat senget plus sengal tuu . memang happy sebab dia bestie aku yang memang senget laa . macam macam benda dia kat aku sampai aku gelak nanes nanes . tapi kan , betul laa kata orang , kalau kita gembira sangat , mesti ad something wrong yang akan jadi . yaa , kata orang tu memang betul beaka laa . sebab esoknya aku dapat tau dia dah couple dengan gegirl course BE . well done bro , keep it on . lain kali buat lagi okay . kau memang awesome .tapi time nia aku tak lah nanes guling guling pun . cuma makan dalam siiikkkiiittt laa . sebab sebelum nie mamat tu cakap dia nak tunggu ex dia laa , tak nak pikir pasal jodoh and so on ayat manis gula gula dia lah . tapi , ada aku kesah ? biaq pi kat hang lah . asalkan hang bahagia . itu je cerita dan jalan hidup aku dalam bulan ogos nie . and one more MERDEKA !!



Dear September ,
please be nice for me . kalau dulu time nie aku struggle gila gila nak SPM , tapi laa nie aku kena struggle untuk final exam sem 1 pulak . ya Allah , dah nak final , rasa macam baru je aku daftar masuk kolej , baruje aku nanes nanes homesick bagai . dah nak final dah pun rupanya . dengar katanya nanti kena posting . praktikal kat hospital . omaigosss . dah dekat raya haji nie kot . fuh , mudah mudahan dipermudahkan segalanya . kita tak tahu lagi apa yang akan jadi dalam bulan nie tahun nie . so wait yeah . nanti saya update laa . *kalau kerajinan  

and Assalamualaikum :)



ordinary girl yang mengharapkan yang terbaik untuk diri dia sendiri .


Baruu



assalamualaikum .

setelah sekian lama nya aku bertatih dalam blogging nie , memang tak dapat sambutan kan ? sebab memang aku tak suka nak interframe sangat nie . nanti ada pulak yang cop aku nie gedikss , batak hot and sebagainya . dan sememangnya aku bertulis dalam blog nie semata mata nak penuhkan masa yang terluang and tempat aku luahkan semua carutan , kutukan , kritikan dan everything yang tak sepatutnya keluar tu lah .

and noww , taadaaaa .. blog baru . aku setting balik . supaya aku lebih selesa dengan style aku sendiri . korang nak baca atau tak ? itu belakang cerita . yang penting , aku bahagia . actually , aku memang tak reti nak design design blog terlebih lebih nie . faktor nya ialah , satu aku malas nak baca tutorial yang panjang panjang tu *better aku baca buku nursing yang setebal 4k pages tu kn ? . dua , sakit lah mata aku nak hadap lappy nie lama lama . aku rasa kalau lappy nie tau macam mana cara nak memberontak , mesti dia sendiri dah throw diri dia sendiri to the window *berterabur english aku . sebab tuan dia nie , tak pandai nak jaga dia elok elok , tahu guna tak tahu jaga . sorry ye lappy ku yang tersayang . iloveyou . muahhh . hehe

menulis sekadar suka suka and nak melepaskan kekusutan minda . tu je aim aku berblogging nie sebenarnya . yela kan ? dari aku frust menonggeng , menangis tak tentu pasal macam orang gila nak buat apa kan ? baik aku cari inisiatif lain untuk melepaskan stress aku . ke korang volunteer nak jadi tempat aku lepaskan masalah aku ? cepat cepat beratur , ambik borang . hehe . even aku tak banyak benda nak diceritakan , aku akan tetap spend time untuk menulis sebab nak tambah kelajuan dalam menaip nie sebab aku memang suka kerja kerja macam tu dan disebabkan aku nie bakal nurse dan bukan bakal setiausaha , aku gunakan lah time nie untuk menaip . sebab nanti time dah start kerja kat hospital , kau ingat aku ada masa ke nak buat semua nie ? memang tak laa jawapannya . pergi kerja , then balik , for sure letih gila kan ? kau ingat senang ke nak jaga patient kat hospital tu . eh , susah tau . nak tau macam mana rasanya ? cubalah sendiri . haha . okay , dah habis dah sebab aku tuu . and now Assalamualaikum :)


not hot like you . cool sudaaa .